|
SilTerra Sudah Latih Lebih 1,000 Jurutera
Harian Metro
URL: PDF version
SILTERRA Malaysia Sdn Bhd (Silterra), pengeluar produk semikonduktor yang menyertai Pameran
Latihan dan Kerjaya 2006 Ke-5 pada 7 hingga 8 April lalu akan menarik bakat muda menyertai industri
itu.
Sebanyak 170 peserta dari pada pelbagai industri menyertai pameran dua hari yang dirasmikan
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Liow Tiong Lai, baru-baru ni.
Naib Presiden Sumber Manusia Silterra, Kenneth Toh, berkata selaras Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), syarikat komited menyumbang ke arah pembinaan masyarakat yang berpengetahuan
tinggi.
“Sehingga kini, kami sudah melatih lebih 1,000 jurutera Malaysia dan akan terus menjalankannya menerusi program yang dilaksanakan dengan kerjasama universiti terkemuka
tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru
ini.
Berpangkalan di Taman Teknologi Kulim Kedah, Silterra menyediakan 35 pelajar setiap tahun dengan peluang latihan dan mungkin akan diserap sebagai pekerja sepenuh
masa.
Syarikat mempunyai lebih 900 jurutera dan juruteknik yang diupah dari tempatan atau negara lain seperti Amerika
Syarikat, Korea, Singapura, Taiwan, India dan Filipina.
“Kami melaksanakannya menerusi program latihan seperti memilih, melatih dan membangunkan bakat baru yang berkemampuan di pasaran dan ia sebagai strategi sumber manusia kami untuk mendapatkan tenaga
mahir,” katanya.
About Silterra Malaysia Sdn. Bhd.:
Market demand driven, SilTerra Malaysia Sdn Bhd is a semiconductor wafer foundry offering major foundry compatible CMOS logic, high-voltage and
mixed-signal/RF technologies down to 0.13-micron feature size. This includes complete, competitive contract manufacturing for fabless and IDM customers’ designs. SilTerra’s wafer fab has a design capacity of 40,000
eight-inch wafers per month.
Environmentally vigilant, SilTerra delivers award winning, world-class performance to its customers seeking flexible capacity, competitive advantages and around the clock customer support. SilTerra is ISO 9001:2000 and ISO 14001 certified. Founded in 1995, the company’s headquarters and factory are located in Malaysia’s Kulim High-Tech Park, and SilTerra has
sales and marketing offices in San Jose (California) and Hsinchu (Taiwan). For additional information on SilTerra or its services, please visit
www.silterra.com.
|