21 Feb 2012
Keluarkan PowerMos besar-besaran untuk dieksport. Mimos meterai kerjasama

KUALA LUMPUR 20 Feb

Syarikat pengeluar panel elektronik wafer SilTerra Malaysia Sdn Bhd SilTerra dan Mimos Bhd Mimos buat pertama kalinya akan mengeluarkan Litar Kawalan Tenaga Bersepadu PowerMOS secara besar besaran.

Usaha itu diambil kerana permintaan terhadap produk berkenaan di pasaran asing semakin meningkat kata Ketua Pegawai Eksekutif SilTerra Dr Kamarulzaman Mohamed Zin.

SilTerra dan Mimos yang sebelum ini telahpun bekerjasama akan mengeluarkan 2 000 hingga 3 000 keping panel elektronik PowerMOS sebulan untuk dipasarkan ke luar negara.

Beliau berkata: "SilTerra telah lama membangunkan teknologi PowerMos tetapi tidak mempunyai kemudahan mencukupi berikutan pusat pengeluaran kami di Kulim Kedah telah digunakan sepenuhnya.

"Selama ini kami mencari mana mana pihak di rantau ini yang bersedia menawarkan fasiliti mereka kepada syarikat bagi tujuan pengeluaran. "Kami gembira kerana Mimos bersedia menawarkan kemudahannya kepada kami," katanya selepas majlis pengenalan kerjasama itu di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri Datuk Mukhriz Mahathir serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mimos Datuk Abdul Wahab Abdullah.

Kata beliau lagi kerjasama itu melibatkan perbelanjaan mencecah jutaan ringgit bagaimanapun pelaburan yang dibelanjakan tidak begitu tinggi kerana ia hanya melibatkan pemindahan teknologi.

"SilTerra akan menyediakan kepakaran teknikal untuk dibawa ke fasiliti yang disediakan oleh Mimos bagi melakukan penyelidikan dan pembangunan serta pengeluaran jelasnya.

Ketika ini SilTerra mengeluarkan pelbagai jenis panel elektronik yang merupakan komponen di dalam alat alat elektronik terkini seperti telefon bimbit dan telefon pintar serta tablet.

Syarikat itu melakukan pengeluaran pada kapasiti 40 000 keping panel bersaiz lapan inci sebulan dan dieksport ke Amerika Syarikat Taiwan Korea Selatan dan China. Hampir 99 peratus produknya dieksport.

Source : Utusan Malaysia